CIRI-CIRI ASAS TAMADUN
Petempatan kekal
- Ciri utama kemunculan tamadun
- kehidupan manusia yang sistematik bagi memastikan bekalan makanan berterusan
- Kemajuan dalam bidang pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang.
- Mencipta peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk.
Kehidupan Berorganisasi
- Peningkatan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik.
- Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang kompleks.
- Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis.
Sistem Pemerintahan
· Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran akibat pertumbuhan masyarakat yang besar.
- Pemimpin atau raja menggunakan unsur magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengikhtirafan sebagai pemerintah.
- Sistem perundangan dicipta.
Pengkhususan Pekerjaan
- Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia.
- Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui kepakaran kumpulan tersebut.
- Membawa kepada pertukaran barang (Sistem Barter) yang menjadi asas kepada aktiviti perdagangan.
- Berlaku hubungan dengan tamadun luar dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya berlaku antara masyarakat.
Agama dan Kepercayaan
- Mengamalkan kepercayaan Animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling.
- Unsur-unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.
- Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama.
- Tamadun awal mengamalkan Politeisme iaitu kepercayaan menyembah banyak Tuhan.
Bahasa dan Sistem Tulisan
- Akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan.
- Antara Bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit.
- Contoh tulisan awal ialah;
Conto
CONTOH TULISAN | KETERANGAN |
Heiroglif | Tulisan orang Mesir Purba yang dipahat dengan cantik , halus dan penuh kesenian pada makam dan batu. |
Cuneiform | Tulisan bergambar yang dipermudahkan dengan bentuk simbol yang ditulis pada kepingan tanah liat oleh masyarakat mesopotamia. Sistem tulisan ini berbentuk pepaku yang dihasilkan oleh orang Sumeria. |
Piktograt | Tulisan masyarakat Indus yang masih belum dapat ditafsirkan lagi. |
Histogram | Tulisan yang berbentuk simbol/ tulisan orang China yang banyak mengandungi simbol seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sung |
|
Apakah perbezaan di antara konsep tamadun mengikut kacamata Islam dengan perspektif Barat.
Perbezaan di antara konsep Tamadun Islam dengan Tamadun Barat
TAMADUN ISLAM | TAMADUN BARAT |
Kedudukan Agama | |
Islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia sama ada keduniaan atau keagamaan Pembaharuan dalam Islam adalah mengikut agama bukan agama mengikut pembaharuan. Walaupun begitu ia tetap fleksibel dan tidak rigid | Agama adalah sebahagian daripada kebudayaan. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan dan akhirnya agama juga di corak oleh perubahan. |
Konsep kesepaduan dan pengawalan | |
Terdapat konsep kesepaduan dan pengawalan dalam Islam. Segala bentuk pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian.Segala urusan tidak terlepasdaripada mengikut prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak | Tamadun Barat melihat perkara- perkara keduniaan hanya untuk kehidupan dunia semata-mata. Segala urusan tidak ada kaitan dengan agama. Terikat dengan undang-undangtetapi pengwalannya terlalu longgar. Bentuk pengawalan tidak didasarkan kepada iman yangkukuh. |
Konsep kemajuan | |
Islam juga mengambil kira aspek kemajuan dan perubahan tetapi dengan menegaskan bagaimanacara ia dicapai dan apakah matlamatnya. Islam menolak konsep ‘matlamat menghalalkan cara.’ | Kemajuan berdasarkan keuntungan semata-mata. Berpegang dengan konsep ‘matlamat menghalalkan cara’. |
Penekanan sudut kemajuan | |
Islam menekankan kedua-dua aspek kerohanian dan kebendaan. Kemajuan dalam islam bersifat lengkap. Pembangunan dan kemajuan dalam Islam adalah alat untuk mencapai kesempurnaan zaman. Fokus utama pembangunan dalam islam adalah manusia itu sendiri. | Menitikberatkan aspek kebendaan dengan mengenepikan aspek kerohanian. Mereka menghadapi krisis nilai yang teruk akibat mengabaikan aspek kemajuan dari sudut kerohanian atau spritual. |
terima kasih atas perkongsian Ilmu Anda..
ReplyDeleteSemoga Anda diberkati Allah
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu kepada kami
ReplyDeletethanks a lot......
ReplyDeletethank you very much, your article was helpful to me, to be finished my matterial. thanks a lot
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDelete